KAFA rayu sumbangan orang ramai

0
108

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) memohon bantuan orang ramai untuk menyalurkan sumbangan bagi membolehkan tuntutan pembayaran tunggakan gaji bekas pemain dibuat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak KAFA, Ahmad Mizakkir Hamid berkata, situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyukarkan pihak persatuan mendapatkan sumber kewangan yang mencukupi untuk menjelaskan tuntutan tersebut.

“KAFA tidak mempunyai masa tambahan pula Liga Malaysia direhatkan kerana Covid-19. Segala urusan niaga bersama rakan kongsi termasuk jualan jersi terhenti.

“Justeru kami memohon bantuan orang ramai terutama peminat dan penyokong bola sepak Kelantan untuk menderma seberapa yang mampu,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Terdahulu KAFA diarahkan oleh FIFA membayar tunggakan gaji bekas pemain import, Casio Francisco De Jesus berjumlah RM629,620.28 dengan diberi tempoh selama 30 hari bermula 23 April lalu.

Sementara itu, jelas Ahmad Muzakkir lagi, sekiranya KAFA gagal menjelaskan tuntutan tersebut ia bakal merumitkan persatuan itu membentuk pasukan untuk bersaing di Liga Perdana selain berkemungkinan akan dikenakan tindakan lebih berat.

“Dengan rasa rendah diri KAFA merayu serta menagih simpati kepada orang ramai untuk membantu dalam hal ini demi pasukan kesayangan kita.

“Pihak KAFA akan memaklumkan jumlah kutipan ini dari masa ke masa kepada penyokong dan resit derma juga boleh dihantar melalui aplikasi Whatsapp ke 0139283293,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat menghulurkan bantuan ke akaun Maybank, Persatuan Bolasepak Kelantan dengan nombor akaun 553010630676.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here