‘Kayangan’ pengotor, rosakan bilik hotel

0
1016

Keadaan bersepah di salah sebuah bilik dihuni golongan kayangan

CYBERJAYA – Umpama kera mendapat bunga. Begitulah keadaan di sebuah hotel di Kuching, Sarawak yang dijadikan pusat kuarantin bagi golongan ‘kayangan’ atau rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara.

Berdasarkan satu hantaran menerusi Facebook milik Public Health Malaysia, terdapat beberapa keping gambar yang menunjukkan tindakan vandalisme oleh golongan tersebut dengan mengotorkan bilik dan merosakkan peralatan dalam bilik hotel berkenaan.

Sisa makanan yang dibiarkan bersepah
Keadaan televisyen yang dirosakkan
Cerek elektrik yang dirosakkan
Kesan darah di atas lantai tandas

Antara peralatan yang menjadi mangsa perbuatan mereka ialah televisyen dan cerek elektrik yang dirosakkan.

Selain itu, bilik yang didiami juga disepahkan dengan bekas makanan yang tidak dibuang, sisa makanan bertaburan dan terdapat kesan darah di atas lantai tandas.

Dalam pada itu, rata-rata warga maya melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap sikap pengotor golongan kayangan tersebut.

Menurut seorang warga maya, Hanni Hamdi meminta supaya pihak hotel mengambil tindakan dengan meminta semula ganti rugi terhadap barangan yang dirosakkan.

“Sila hantar bil tuntutan kerosakan kepada penghuni bilik-bilik tersebut. Penalti dikenakan sekiranya tidak bayar, culas dan sengaja melewatkan bayaran,” komennya.

Sementara itu, terdapat juga komen daripada warga maya yang membandingkan dengan sikap terpuji kumpulan tabligh yang dikuarantin di salah sebuah pusat kuarantin bukan bertaraf hotel di Kedah.

Barangan peribadi milik seorang jemaah tabligh disusun teratur
Keadaan kemas dan teratur di bilik salah seorang jemaah tabligh

Dalam satu perkongsian gambar oleh Safuan Taib menunjukkan bilik yang didiami kumpulan tabligh bersih dan terjaga. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here