Kebenaran solat tarawih, Jumaat masih dalam perbincangan

0
379

KUALA LUMPUR – Kebenaran bagi pelaksanaan aktiviti agama di masjid dan surau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih lagi dalam perbincangan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pelbagai aspek perlu diambil kira khususnya membabitkan soal kesihatan dan keselamatan sebelum kerajaan tampil dengan prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu.

“Kami sudah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan demi perbincangan dengan mufti, dan Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI).

“Kali terakhir, pada 30 April lalu. Ia (SOP) sudahpun dibentangkan dan masih dalam penelitian lanjut.

“Pandangan KKM (Kementerian Kesihatan) dan MKN (Majlis Keselamatan Negara) juga diambil kira, rentetan itu, saya turut dimasukkan dalam mesyuarat MKN yang dipengerusikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan),” katanya dipetik Berita Harian malam tadi.

Sementara itu, difahamkan pihak kementerian akan mengeluarkan kenyataan lebih terperinci melalui soalan lazim (FAQ) esok, berhubung isu berkaitan aktiviti agama di masjid dan surau yang masih dalam larangan bagi PKPB.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here