Kedah setuju laksana PKPB

0
129
Datuk Seri Mukhriz Mahathir

CYBERJAYA – Kedah bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuat kuasa serta merta hari ini, kata Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Memetik laporan Berita Harian, Mukhriz berkata, semua sektor ekonomi beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata, sekiranya ada laporan majikan melanggar syarat seperti tidak melakukan proses sanitasi, tidak menyediakan penutup hidung dan mulut, tindakan undang-undang akan diambil.

“Bagi aktiviti riadah, kita masih tidak benarkan taman awam atau taman rekreasi dibuka kepada orang ramai, hanya sukan individu boleh lakukan di kawasan taman perumahan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Katanya, bagi premis makanan, kerajaan negeri masih tidak membenarkan pelanggan makan di dalam premis, sebaliknya makanan hanya boleh dijual secara dibungkus atau penghantaran bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam, manakala premis makanan Muslim bermula pukul 3 petang hingga 8 malam.

Mukhriz berkata, semua pusat beli belah di negeri ini turut dibenarkan beroperasi dengan syarat setiap premis perlu mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Katanya, bagi sektor peruncitan dan pemborongan pula, operasinya juga dibenarkan bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam.

“Begitu juga dengan pejabat kerajaan, panduan operasi jabatan kerajaan negeri dan Persekutuan akan diedarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Semua pejabat kerajaan di peringkat negeri dan daerah dibuka dan apa-apa urusan dengan kerajaan bolehlah pergi ke pejabat atau berhubung dalam talian,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here