Kedah tangguhkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

0
360
Datuk Seri Mukhriz Mahathir

CYBERJAYA – Kedah akan menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula Isnin minggu hadapan di seluruh negara.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pelaksanaan itu akan ditangguhkan sehingga mencapai keputusan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas Covid-19) pada Selasa minggu hadapan.

“Pendirian ini diambil bagi menjamin Kedah kekal sebagai zon hijau dan rakyat tidak terancam dengan jangkitan virus Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan sektor ekonomi akan dibuka dengan menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap keselamatan dan kebajikan rakyat Kedah.

Berikutan itu, beliau menasihatkan buat sementara waktu semua penduduk di negeri itu terus kekal di rumah dan melakukan penjarakan sosial.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here