Kehilangan besar kepada dunia dakwah

0
116

CYBERJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Allahyarham Ustaz Datuk Ismail Kamus merupakan seorang pemimpin dan tokoh agama yang banyak menyumbang kepada negara melalui kerja dakwah dilakukan sepanjang hayatnya.

Perdana menteri menyifatkan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia dakwah di negara ini.

“Saya berasa amat sedih mendapat berita Tuan Guru Ustaz Datuk Haji Ismail Bin Haji Kamus telah kembali ke rahmatullah awal tadi.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang yang soleh,” katanya dalam hantaran akaun Facebook milik beliau hari ini.

Pendakwah terkenal dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia itu meninggal dunia di kediamannya di Ampang kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.

Allahyarham berusia 72 tahun sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung dan strok ringan, serta jangkitan kuman di paru-paru.

Allahyarham yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selama sepenggal dari 1999 hingga 2004, pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here