Kelantan kembali catat kes Covid-19, babitkan kes rentas negeri

0
305
Dr Izani Husin

KOTA BHARU – Satu kes baharu jangkitan Covdi-19 dikesan di Kelantan membabitkan seorang wanita mengandung di Kuala Krai, kata, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr. Izani Husin.

Beliau berkata, kes baharu itu melibatkan kes rentas sempadan negeri.

“Daripada maklumat yang saya terima, apa yang kita takutkan selama ini dari segi rentas sempadan.

“Mangsa (pesakit) balik ketika sempadan negeri dibuka baru-baru ini. Secara tidak rasmi, mangsa dikatakan positif dan kini dalam rawatan di hospital,” katanya seperti dilaporkan oleh Berita Harian hari ini.

Khabar angin mengenai kes baharu melibatkan seorang wanita yang pulang ke kampung halamannya mula tular sejak semalam apabila tersebar mesej supaya pelanggan yang berkunjung ke Pasar Borong Sri Guchil melakukan ujian saringan Covid-19.

Kelantan sebelum ini diisytiharkan sebagai zon hijau selepas tiada kes jangkitan baharu Covid-19.

Data jangkitan Covid-19 di Kelantan mengikut daerah

Sementara itu, dalam satu status Facebook, Dr. Izani meminta orang ramai khususnya di negeri tersebut mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi mengelakkan daripada dijangkiti Covid-19.

“Perkara yang berlaku tidak boleh kita undur. Apa yang penting, terus patuhi PKPB, amalkan penjagaan kebersihan, pakai topeng mukadan amalkan penjarakan sosial,” ujarnya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here