Kelonggaran PKP bantu rakyat jana semula pendapatan

0
69

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diberikan bagi membantu rakyat menjana pendapatan semula.

Menurutnya, kerajaan memberi kelonggaran supaya membenarkan peniaga di warung, yang menjual goreng pisang dan sebagainya menjual makanan kerana kehidupan rakyat di akar umbi agak sukar.

“Kita memberi peluang kepada mereka mencari pendapatan sekurang-kurangnya berniaga di depan rumah dan sebagainya.

“Sebab itu kita beri kelonggaran bagaimanapun ini bukan bermakna PKP ditarik balik,” katanya pada sidang akhbar harian hari ini.

Ismail Sabri berkata, PKP tidak ditarik balik namun dilakukan adalah dilonggarkan untuk sektor-sektor tertentu manakala prosedur operasi standar (SOP) masih seperti PKP 1 dan PKP 2.

Beliau berharap rakyat perlu mempunyai disiplin untuk menjaga kesihatan diri sendiri.

“Walapun kita kata pasar raya, pusat beli belah dibuka tetapi dengan menjaga kepentingan sendiri. Kita jaga sendiri bermakna kita menjaga penjarakan sosual di tempat awam, menggunakan ‘hand sanitizing’ dan sebagainya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here