Kembali PKP jika kebolehjangkitan terus meningkat

0
151

CYBERJAYA- Tahap pematuhan masyarakat terhadap prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Kementerian Kesihatan akan menentukan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mungkin dilaksanakan semula jika nilai ‘R naught’ (R) atau kebolehjangkitan melebihi 1.6, selepas 18 Mei ini.

“Kita masih memantau nilai R bagi tempoh PKPB. Nilai R 0.3 yang kita catatkan, hari ini, adalah hasil pelaksanaan PKP 3 dan 4 sebelum ini.

“Kita akan kembali kepada PKP jika nilai R terus meningkat. Keputusannya akan bergantung pada jumlah kes harian dari semasa ke semasa.

“Selain itu, nilai R juga dijangka meningkat kepada 1.6 pada pertengahan Jun depan jika orang ramai gagal mematuhi SOP ditetapkan sepanjang sambutan Aidilfitri nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here