Kenapa hukuman PBT kita tidak seragam?

0
124
Mohd. Izzat Johari

CYBERJAYA – Tindakan penguatkuasaan yang tidak seragam antara pihak berkuasa tempatan (PBT) di negara ini mencetuskan persoalan terhadap ketelusan dan ketegasan anggota penguat kuasa itu.

Ketua Prasarana Kempen BMF Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Izzat Johari berkata, tindakan dan hukuman berbeza terhadap kesalahan yang sama itu menggambarkan sikap tidak serius PBT dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Kita lihat jika di Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan sita semua kedai warga asing. Satu tindakan yang sepatutnya.

“Tetapi di negeri lain, hanya kompaun dikenakan bila kedai warga asing tidak pamer tanda harga,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ketidakseriusan PBT di negara ini yang seolah-olah melaksanakan undang-undang sendiri dan mengabaikan perundangan sedia ada.

“Apa Malaysia ini satu negara atau negeri dalam Malaysia ini lain-lain negara?

“Saya secara peribadi tak boleh terima tindakan sebegini. Ada konflik kuasa dalam membenteras pendatang asing di Malaysia!,” tegasnya yang turut memuat naik petikan berita Sinar Harian mengenai warga asing dikompaun RM2,000 atas kesalahan tidak mempamerkan tanda harga. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here