Kenderaan cuba rentas negeri naik sekali ganda

0
128
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Jumlah kenderaan yang ditahan polis kerana cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung meningkat sekali ganda berbanding kelmarin.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 1,248 kenderaan ditahan semalam, berbanding 508 kenderaan kelmarin dan masing-masing diarahkan berpatah balik.

“Ini bermakna lebih ramai rakyat yang cuba ‘curi-curi’ pulang ke kampung dengan pelbagai alasan.

“Ada yang bersiap-siap lepas sahur bawa anak isteri tapi bila sampai sekatan jalan raya diarah patah balik.

“Alhamdulillah polis arah patah balik, kalau dikenakan dikompaun RM1,000 jadi yang rugi adalah kita.

“Saya harap tidak perlulah cuba balik kampung terutama rentas negeri,” katanya pada sidang akhbar harian Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau memahami perasaan orang ramai yang amat merindui kampung halaman masing-masing, namun jika masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kes jangkitan Covid-19 berkurangan, pastinya PKP berakhir segera. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here