Kerajaan benarkan pejabat agensi pelancongan dibuka

0
136

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Kerajaan membenarkan pejabat agensi pelancongan seluruh negara beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kebenaran itu dipertimbangkan selepas mendengar rayuan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang memohon kerajaan membenarkan agensi terbabit beroperasi semula.

Menurut Ismail Sabri, kebenaran pengoperasian hanya untuk tujuan pentadbiran, kewangan, pengurusan dan penjualan sahaja.

“Mereka juga boleh menyediakan pakej-pakej pelancongan sebagai persediaan pada masa hadapan sekiranya kerajaan membenarkan aktiviti pelancongan dimulakan,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Bagaimanapun menurut Ismail Sabri, setakat hari ini, aktiviti pelancongan masih dalam senarai terlarang.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here