Kerajaan digesa bawa usul pemandu mabuk kepada Agong

0
290
Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Pertubuhan – Pertubuhan Pembela Islam Malaysia (Pembela) menggesa kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membawa usul berkaitan pemandu mabuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya disegerakan pindaan akta berkaitan.

Naib Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, cadangan Pengerusi Pembela, Amiruddin Yahaya mencadangkan supaya mengharamkan apa sahaja berkaitan arak bakal menyelesaikan 1,001 masalah sosial di Malaysia.

Menurutnya, Pembela berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah mengarahkan pindaan hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk.

“Isu pemandu mabuk bukan pagi tadi atau kelmarin tetapi sudah melangkau belasan malah puluhan tahun.

“Isu ini tidak pernah selesai malah sejak kebelakangan ini menjadi-jadi sejak dari kerajaan terdahulu, ingin menggubal akta untuk meminda hukaman ke atas pemandu mabuk, kemudian tukar kepada kerajaan pertengahan, juga ada ‘sedikit’ usaha untuk menggubal undang-undang dan akhirnya kerajaan terkini, masih lagi mencadangkan untuk gubal undang-undang,” katanya dalam satu hantaran dalam akaun Facebook miliknya.

Soalnya lagi, apakah nyawa mangsa dijadikan ‘tarikan’ sokongan kepada seseorang menteri.

Katanya, sudah tiba masanya Kerajaan Malaysia mengangkat cadangan Pengerusi Pembela itu untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

“Lihat sendiri, kes arwah Koperal Safwan, anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang dirempuh pada 2 Mei lalu dan Arwah Irwan Herman (mangsa kematian pemandu mabuk di Kuantan) pula menyusul pada 25 Mei.

“Tak sempat kita bersedih dengan pemergian arwah, satu lagi kes maut melibatkan pekerja syarikat kurier pula berlaku pada 29 Mei,” kongsinya lagi.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Izzat berkata, belum ada lagi libatkan kes pemandu mabuk yang cuba melanggar anggota barisan hadapan negara.

“Adakah Malaysia sudah lali dengan kes pemandu mabuk? Adakah Malaysia mahu melihat lebih ramai balu atau anak yatim piatu? Adakah itu yang kerajaan Malaysia mahukan?

“Saya yakin, kita semua yakin, tiada siapa pun mahu ahli keluarga mereka maut akibat pemandu mabuk! Isu ini wajib ditangani segera!,” katanya yang berharap hantaran itu adalah coretan terakhirnya berkenaan isu pemandu mabuk.

Tulisnya lagi, jika ada dalam kalangan pemimpin kamu tidak menyokong usul pindaan akta hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk, itu bermakna pemimpin tersebut adalah pemimpin jijik.

Katanya, itu belum lagi ditekankan isu kedaulatan negara berkenaan sindiket jual kad pengenalan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here