
CYBERJAYA – Lebih 4.8 juta kes positif dicatatkan diseluruh dunia ketika ini.
Memetik portal Astro Awani, data dari Johns Hopkins University menunjukkan enam negaa mencatatkan kes positif melebihi 200,000 dengan Amerika Syarikat (AS) merupakan negara mempunyai kes melebihi satu juta dengan kumulatif 1.5 juta.
Lima negara lain mempunyai kes positif melebihi 200,000 ialah Rusia, Brazil, United Kingdom, Sepanyol dan Itali.
India pula dalam kelompok lima negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 dengan kumulatif 106,000 kes selepas mencatatkan peningkatan lebih 10,000 kes positif dalam tempoh 24 jam dan empat negara lain ialah Perancis, Jerman, Turki dan Iran.
Sementara itu, angka positif di Peru dijangka melebihi 100,000 kes dalam tempoh 24 jam selepas merekodkan pertambahan lebih 7,000 kes baharu.