Kesegaran barangan basah di Raudhah Grocer dijamin

0
174

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Raudhah Grocer sentiasa menawarkan barangan basah yang segar dan bersih untuk dijual kepada para pelanggan.

Pengurus Malakat Mall, Farah Hazwani Amir Hashim berkata, berikutan penularan wabak Covid-19, terdapat beberapa barangan basah seperti ayam, daging dan ikan telah dibungkus dan dibekukan untuk menjamin kebersihannya.

“Pelanggan tidak perlu bimbang, barangan basah yang ada di Raudhah Grocer semua segar-segar.

“Namun atas faktor kebersihan, kami ambil langkah membungkus dan membekukan beberapa barangan basah seperti ikan, ayam dan daging. Jadi ia lebih selamat dan memudahkan pelanggan.

“Tapi ada juga yang dipamerkan seperti biasa dan pelanggan boleh membuat pilihan,” katanya.

Sementara itu, berkongsi pengalaman pertama membeli belah di Raudhah Grocer, Muhamad Yusnorizam Maarif, 38 turut memuji langkah yang diambil pasaraya tersebut.

“Memang saya perasan ada beberapa barangan basah yang telah dibungkus siap-siap dan setelah dimaklumkan, saya memahami situasi tersebut.

“Bagi saya ia tidak ada masalah selagi barangan yang disediakan itu dijamin segar. Untuk barangan yang lain, semuanya sangat memuaskan dan paling penting ini bukan kali terakhir saya akan membeli di sini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here