Ketua Pembangkang DUN Kedah tiba di Wisma Darul Aman

0
383
Gambar media sosial

ALOR SETAR -Kenderaan membawa Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dilihat keluar meninggalkan Wisma Darul Aman pada jam 10.40 pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian, beberapa kenderaan membawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas juga dilihat keluar beberapa minit selepas itu.

Difahamkan, semua mereka baru selesai mengadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Majlis mengadap itu diadakan berikutan krisis politik negeri yang membabitkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.

Ia susulan Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan daripada 23 ADUN di negeri ini, Selasa lalu.

Sebelum itu, 15 Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN daripada PAS diketuai ADUN Jeneri itu tiba di Wisma Darul Aman kira-kira pukul 9.14 pagi.

Ia berkaitan situasi semasa politik di Kedah ketika ini dimana Perikatan Nasional (Pas, UMNO, BERSATU) Kedah bersama dua Adun bebas memperoleh majoriti 23 ADUN untuk membentuk Kerajaan Negeri Perikatan Nasional yang baharu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here