KKM pantau tiga kumpulan sasar

0
102

CYBERJAYA- Kementerian Kesihatan akan memberi tumpuan kepada tiga kumpulan sasar iaitu kumpulan tabligh Sri Petaling, pelajar tahfiz dan warga asing bagi membendung penularan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1, 2 dan 3 secara dasarnya telah berjaya mengawal penularan wabak ini.

Bagaimanapun katanya, pertambahan kes masih ada terutamanya membabitkan tiga kumpulan berkenaan dan kementerian akan memberikan perhatian sewajarnya bagi mengelak virus terus merebak.

“Jadi kita sasarkan tiga kumpulan ini, kita akan kenal pasti lokaliti dan ambil tindakan sewajarnya untuk membuat saringan dan sebagainya. Hari ini ada 45 kes baharu dan ia masih terkawal.

“Semasa PKP 3, kita sudah mencapai tahap dua angka, jadi kita harap dalam tempoh seminggu ini jumlah kes akan semakin berkurangan,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here