KKM sambut baik pengumuman PM

0
165
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia akan terus memberi ruang kepada kerajaan dalam memerangi penularan Covid-19 ini sehingga ke tahap lebih
terkawal.

Katanya, sambil mengimbangi pembukaan sektor-sektor ekonomi secara berhati-hati, tahap keberkesanan tindakan ini turut akan dinilai dari semasa ke semasa.

Menurutnya, pihak KKM akan menggiatkan lagi usaha mengurangkan kes positif Covid-19 di Malaysia melalui pengesanan kes aktif (Active Case Detection) dan pendekatan tertumpu (targeted approach) iaitu pengesanan, penyaringan dan ujian ke atas kumpulan sasar yang berisiko tinggi.

“Tindakan-tindakan ini dapat dijalankan dengan lebih berkesan melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan juga Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semasa perutusan khas beliau sebentar tadi, PKPB yang berkuatkuasa sehingga 12 Mei akan disambung lagi sehingga 9 Jun ini iaitu selama empat minggu lagi.

“Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, pelaksanaan PKPB didapati berjalan dengan lancar dan teratur selain beberapa sektor ekonomi juga telah mula dibuka,” katanya dalam sidang akhbar, petang tadi.

Dr. Noor Hisham berkata, orang awam yang terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain, termasuk juga pelajar telah mula balik ke rumah masing-masing.

Katanya, didapati rata-rata peniaga, majikan dan rakyat mengambil usaha aktif untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Justeru itu, KKM menyambut baik pengumuman pelanjutan PKPB sehingga 9 Jun ini,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here