Kluster baharu pengawal dan anggota keselamatan pusat beli belah

0
283

CYBERJAYA- Kementerian Kesihatan telah mengenal pasti satu kluster baharu melibatkan melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 10 kes positif telah dilaporkan dalam kluster ini melibatkan sembilan warga Nepal dan seorang warga tempatan.

Beliau berkata, punca jangkitan bagi kluster ini masih dalam siasatan dan langkah-langkah pembendungan, pencegahan dan saringan telah jalankan ke atas semua pekerja dan kontak rapat mereka.

“Kesemua kes warganegara Nepal dalam kluster ini tinggal di kediaman sama di Cheras. Saringan Covid-19 telah dijalankan ke atas penghuni kediaman mereka, pengawal dan anggota keselamatan di pusat beli-belah tersebut, dan juga pekerja pasar raya yang berkait rapat.

“Setakat ini, seramai 436 orang telah disaring, di mana 10 kes didapati positif, 347 kes negatif dan 79 orang masih menunggu keputusan,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Titiwangsa akan terus menjalankan pemantauan ke atas kenaikan kes Covid-19 berkaitan kluster ini.

“Kesemua kontak rapat setiap kes telah dipanggil untuk tujuan saringan dan pendidikan kesihatan juga telah diberikan,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here