KPDNHEP senarai 11 barangan kawalan

0
601
Harga ayam hidup ditetapkan sepanjang SHMMP adalah RM6.20 sekilogram.

CYBERJAYA – Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP)  bagi Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini akan dilaksanakan selama 15 hari bermula esok.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan di sini berkata, bagi SHMMP sempena Pesta Keamatan dan Hari Gawai pula, ia berlangsung selama tujuh hari bermula 28 Mei hingga 3 Jun ini.

Tambah kenyataan itu,walaupun tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, skim itu wajar dilaksanakan memandangkan permintaan orang ramai terhadap barangan keperluan harian tertentu untuk sambutan perayaan tersebut adalah masih tinggi.

“Pelaksanaan skim bagi ketiga-tiga perayaan tersebut dibuat dengan beberapa penyesuaian tempoh masa dan barangan untuk memberi ruang kepada peniaga bagi memulihkan perniagaan mereka.

“Langkah ini bertujuan memastikan harga barangan terpilih adalah terkawal dengan penetapan harga siling di peringkat pasar basah dan penjaja kecil yang menjadi tumpuan pengguna berbelanja pada musim perayaan. 

“Walau bagaimanapun, harga barangan kebiasaannya adalah lebih terkawal kerana model perniagaan dan persaingan berbeza serta tahap economies of scale yang lebih baik,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, kementerian mengenal pasti sebanyak 11 jenis barangan ditentukan harga maksimum bagi pelaksanaan SHMMP Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tahun ini.

“Kesemua barangan ini mendapat permintaan tinggi oleh masyarakat yang menyambut perayaan, Oleh itu kawalan harga dibuat ke atas barangan ini bagi menstabilkan harga dan bekalannya di pasaran,” kata kenyataan itu.

11 barangan kawalan pada musim perayaan itu di Semenanjung ialah harga runcit ayam hidup sekilogram RM6.20, ayam standard sekilogram (RM7.50) dan ayam super sekilogram (RM8.40).

Selain itu harga runcit sebiji telur ayam gred A adalah 40 sen,  gred B (39 sen) dan gred C (38 sen) manakala harga runcit sekilogram daging lembu tempatan ialah RM34 diikuti daging kerbau import dari India (RM20).

Bagi harga borong sebiji kelapa dijual RM1.90 manakala sekilogram kelapa parut RM7.20. – MT

Berikut infografik yang dikeluarkan KPDNHEP 11 barangan harga kawalan sempena musim perayaan.


LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here