‘Kreatif betul warga maya, baju saya dah jadi kuih muih’

0
326

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Sejak beberapa minggu lalu, kemunculan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi topik hangat perbualan masyarakat dalam media sosial.

Selain maklumat terkini mengenai perlaksanaan PKP, penampilan beliau dengan koleksi kemeja batik Terengganu begitu mencuri perhatian.

Selain ada yang memuji keunikan batik yang digayakan, ada juga warga maya yang lebih kreatif memberikan persamaan corak kemeja tersebut dengan makanan.

Perkara itu mendapat perhatian pemimpin tersebut yang memuji kreativiti warga maya yang dianggap menghiburkan.

“Kreatif betul warga maya. Baju saya dah jadi kuih muih. Saya ingat saya jadi model batik Malaysia je. Rupa-rupanya jadi model kuih dan ais krim pulak.

“Terima kasih warga maya kerana menghiburkan bukan sahaja saya tapi seluruh rakyat Malaysia. Selamat berbuka puasa dengan kuih muih baju saya ya,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini. – MBN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here