Lapan tapak pembinaan gagal patuh SOP, empat di arah tutup

0
291

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Sebanyak lapan tapak pembinaan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sebanyak empat tapak binaan telah diarahkan tutup atas kesalahan melanggar SOP.

Menurutnya tapak pembinaan yang dibenarkan beroperasi perlu mengikuti SOP ketat yang dikeluarkan oleh CIDB.

” Antara syarat utama sebelum tapak binaan dibenarkan beroperasi adalah untuk memastikan adanya Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (Safety Officer), “katanya.

Beliau memaklumkan bilik gerakan CIDB telah melaporkan, sehingga semalam sebanyak 191 tapak binaan telah diperiksa semalam

” Hasil pemeriksaan semalam mendapati 28 tapak binaan mematuhi SOP yang ditetapkan manakala terdapat sebanyak 155 tapak binaan tidak beroperasi,” katanya .

Sementara itu katanya jumlah kumulatif tapak binaan yang telah diperiksa adalah 3,735, yang mana 344 tapak didapati patuh SOP manakala 122 tapak tidak patuh SOP dan telah diberi amaran.

Selain itu hasil pemeriksaan juga mendapati 3,265 tapak binaan tidak beroperasi.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here