Lapor kepada KPKT jika premis pajak gadai kenakan faedah lebih dua peratus

0
129

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Premis pajak gadai hanya dibenarkan mengenakan faedah tidak lebih dua peratus kepada para pelanggan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, faedah yang melebihi kadar yang ditetapkan adalah tidak dibenarkan.

“Saya dimaklumkan pajak gadai boleh mengenakan faedah tidak lebih daripada dua peratus.

“Tapi sekiranya ada yang mengenakan lebih daripada dua peratus, orang ramai boleh laporkan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kerana pajak gadai di bawah bidang kuasa mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan, kedai pajak gadai antara premis yang diserbu orang ramai.

Hahahaha Fenomena di seluruh negara ini dapat perhatian selepas ia dikongsikan oleh ramai warga maya di media sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here