Lapor kepada polis jika ada yang ‘curi-curi’ rentas sempadan

0
137

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – “Kalau betul ada yang ‘curi-curi’ (membuat pergerakan rentas sempadan) orang ramai boleh ambil gambar mereka dan pihak polis pasti akan cari mereka,” kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau membuat kenyataan tersebut ketika ditanya berhubung tindakan warga maya yang berkongsi pengalaman ‘curi-curi’ rentas sempadan negeri.

Jelas Ismail Sabri, sekatan jalan raya di tol mula dilaksanakan bagi mengelakkan sebarang perjalanan rentas sempadan negeri berlaku.

“Rentas negeri yang dibenarkan hanya pada empat hari yang ditetapkan melalui aplikasi Gerak Malaysia.

“Selepas itu balik kepada normal iaitu tidak dibenarkan untuk rentas negeri kecuali dengan kebenaran polis,” katanya.

Menurutnya, sesiapa yang merentas negeri tanpa kebenaran polis akan dikenakan tindakan di bawah Akta 342.

“Pihak polis masih boleh terus mengenakan kompaun atau membawa ke mahkamah.

“Jadi yang curi-curi itu saya tidak tahu betul atau tidak kadang-kadang hanya provokasi sahaja. Kalau betul mereka curi-curi ambil gambar mereka dan laporkan kepada pihak polis,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here