Lelaki warga asing lari saringan Covid-19 ditahan polis

0
381
Lelaki warga asing ditahan polis selepas cuba melarikan diri

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga asing yang cuba melarikan diri melalui pagar kawad duri di kawasan kawalan secara pentadbiran di Jalan Pasar Pudu memakan diri apabila dia diberkas polis hari ini.

Memetik laporan Sinar Harian, lelaki yang berumur dalam lingkungan 30-an itu berlari masuk ke dalam sebuah pusat beli-belah melalui pintu masuk utama selepas mengelak pemeriksaan suhu badan oleh pengawal keselamatan.

Pada masa sama, dua anggota polis mengejar lelaki berkenaan sambil menjerit meminta bantuan orang ramai menahan lelaki berkenaan.

Petugas media yang berada di lokasi turut melihat kejadian berkenaan apabila ternampak lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan berlari memasuki pusat membeli-belah tersebut.

Bagaimanapun, lelaki itu berjaya ditangkap oleh kakitangan pusat membeli-belah tersebut sebelum diserahkan kepada polis.

Salah seorang anggota polis yang turut berada di lokasi kejadian menyatakan lelaki itu cuba mengelak daripada menjalani saringan pemeriksaan Covid-19 yang dibuat oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM).

Tindakan lelaki itu melarikan diri dipercayai bimbang ditahan oleh Jabatan Imigresen selepas tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah serta menyalahgunakan pas lawatan sosial.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here