Lesen memandu bagi pemegang kad UNHCR tidak sah

0
256

CYBERJAYA – Lesen memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang digunakan oleh pemegang kad UNHCR adalah tidak sah digunakan untuk memandu apa jua jenis kenderaan bermotor di negara ini.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenyataan berkata, ia adalah selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Selain itu, berdasarkan kepada petikan kenyataan akhbar Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam bahawa pemegang kad UNHCR adalah tidak mempunyai sebarang status, hak dan asas untuk mengemukakan sebarang tuntutan kepada kerajaan Malaysia,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, JPJ sentiasa komited dalam memastikan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara dan tidak sesekali berkompromi terhadap apa jua pelanggaran peraturan jalan raya telah ditetapkan. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here