Makmal swasta gagal lapor keputusan negatif Covid-19

0
235

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemas kini data semasa Covid-19 selepas mendapat maklumat keputusan ujian yang tertunggak daripada makmal swasta.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pihaknya hanya dimakumkan mengenai keputusan psoitif namun keputusan negatif yang tertunggak tidak dimaklumkan.

Berikutan itu, katanya, pihaknya akan mendapatkan keputusan ujian tersebut daripada beberapa institusi swasta, dalam masa terdekat ini .

“Data sedang dikemas kini setakat ini jumlah kes positif kita memang tepat, tetapi negatif tidak dilaporkan, justeru kita akan ambil tindakan.

“Mengikut perangkaan semasa, kita sudah laksanakan 227,436 ujian saringan, tetapi ia akan berubah selepas data daripada pihak swasta diperoleh, membabitkan keputusan ujian yang negatif,” katanya dalam sidang akhbar Covid-19 hari ini.

Sehubungan itu, Dr. Noor Hisham berkata, besar kemungkinan kes yang sudah diuji akan berlaku peningkatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here