Malakat Mall dibuka esok, ikut SOP ditetapkan

0
1769
Malakat Mall akan dibuka mulai esok namun pengunjung dinasihatkan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak Malakat Mall.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Malakat Mall akan mula dibuka kepada orang ramai mulai esok namun perlu ikut peraturan ditetapkan oleh kerajaan.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Istighfar Hamidon berkata, pihaknya turut menetapkan beberapa prosedur operasi standard (SOP) untuk pengunjung ke pusat beli belah itu untuk dipatuhi.

Katanya, ini termasuk pengunjung dinasihati untuk memakai topeng muka dari rumah.

Selain daripada itu, menurutnya, suhu badan pengunjung akan diambil sebelum memasuki pusat beli belah itu.

Jelasnya, langkah itu perlu bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian Covid-19 yang melanda negara.

“Kami (Malakat Mall) mengambil langkah berjaga-jaga untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dan mengikut SOP kerajaan tetapkan.

“Selain itu, Malakat Mall juga akan meletakkan terowong sanitasi di beberapa kawasan pintu utama sebelum pelanggan masuk ke pusat beli belah ini,” katanya kepada MBNews.

Dalam pada itu, Istighfar berkata, beberapa premis perniagaan di dalam Malakat Mall juga dibuka esok hari kepada pelanggan.

Namun begitu, katanya, tidak semua premis yang dibuka mulai esok kerana ia dibuka secara berperingkat.

Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Istighfar Hamidon.

“Setakat ini, bahagian bawah Malakat Mall yang meliputi Raudhah Mart, Bunch Oh, Himawari, Jojo Shoe, Ebu, Rahsia, TeaAmor akan dibuka mulai esok.

“Selain itu, premis di tingkat pertama seperti TGM, Petak, Conteng dan Tahan akan dibuka termasuk beberapa premis di tingkat kedua,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya sedaya-upaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti diminta kerajaan kepada pengunjung yang datang ke Malakat Mall.

“Kami juga mengalu-alukan kehadiran pengunjung namun perlu ikut SOP yang kita tetapkan,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here