Malaysia antara negara ASEAN paling banyak jalani saringan Covid-19

0
92

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Malaysia merupakan antara negara yang menjalankan ujian saringan Covid-19 paling banyak dalam kalangan negara ASEAN lain.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga 12 tengah hari tadi, Kementerian Kesihatan (KKM) telah
menyaring sebanyak 424,306 individu, di mana seramai 6,855 orang positif Covid-19 dan 417,451 orang adalah negatif.

Menurutnya, jumlah itu menjadikan kadar positif adalah sebanyak 1.62 peratus manakala,
bilangan individu yang disaring adalah sebanyak 13 orang bagi 1,000 orang populasi.

“Saringan Covid-19 ini dijalankan secara tertumpu (targeted screening) kepada kumpulan-kumpulan yang dikesan berisiko tinggi untuk dijangkiti Covid-19.

“Pemurnian data ini tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk tujuh makmal swasta,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Beliau berkata, KKM amat mengharapkan agar kerjasama dari makmal-makmal ini dapat diteruskan dan semua data yang berkenaan dapat diberikan atas kepentingan negara dalam menghadapi wabak Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here