Malaysia penuhi 6 kriteria WHO

0
137
Gambar hiasan

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Perdana Menteri. Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negara telah memenuhi enam kriteria yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam membendung wabak Covid-19.

Menurutnya, kriteria pertama adalah kawalan sempadan negara telah diperketatkan untuk mengelakkan kes import positif Covid-19 berlaku.

“Kedua, kawalan pergerakan untuk mengurangkan kadar jangkitan dalam kalangan rakyat tempatan manakala ketiga, peningkatan keupayaan fasiliti kesihatan.

“Kriteria keempat iaitu keupayaan menjaga golongan berisiko seperti warga emas, pesakit yang dirawat serta orang kurang upaya dan kelima adalah amalan normal baharu dalam kehidupan seperti tidak berkumpul,
tidak bersalam, penjarakan sosial dan memakai penutup muka,” katanya pada perutusan khas sempena Hari Pekerja hari ini.

Beliau menambah, kriteria keenam menekankan kepada pemerkasaan komuniti untuk menjaga kawasan yang tidak dijangkiti seperti zon hijau serta mengamalkan aktiviti norma baharu antara pengorbanan rakyat sepanjang pelaksanaan PKP tidak sia-sia.

“Jumlah kes-kes baharu telah menurun dengan ketara, jumlah pesakit yang sembuh juga telah meningkat.

“Manakala penggunaan ruang-ruang katil di hospital yang dikhaskan untuk pesakit Covid-19 tidak melebihi 30 peratus,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here