Malaysia sedia bekerjasama dengan Turki bangunkan vaksin Covid-19 – Muhyiddin

0
489

CYBERJAYA – Malaysia sedia bekerjasama dengan Turki dalam membangunkan vaksin Covid-19 dan ubatan berkaitan pandemik tersebut.

Kesediaan tersebut diutarakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu perbualan telefon dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, semalam.

“Semalam, saya menerima panggilan telefon dari Presiden Turki.

“Dalam perbualan tersebut, saya turut melahirkan rasa simpati dan solidariti terhadap bilangan kes dan kematian akibat Covid-19 yang tinggi di Turki”, kata Muhyiddin dalam satu paparan dalam laman Facebook miliknya, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau turut berkongsi pengalaman Malaysia dalam menangani Covid-19, termasuk mengenai pelaksanaan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu yang menyaksikan jumlah jangkitan dan kematian semakin menurun diikuti dengan kadar pemulihan kini melebihi 80 peratus.

“Selain itu, kami turut berbincang mengenai langkah-langkah memperkasa hubungan dua hala sedia ada dan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pelaburan, pelancongan, pendidikan tinggi, perubatan dan teknologi pertahanan,” katanya lagi dalam paparan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here