Malaysia terima 6 buah Scaneagle

0
415

CYBERJAYA – Kerajaan Malaysia telah menerima enam daripada 12 buah pesawat tanpa pemandu (UAV) Scaneagle 2 daripada Amerika Syarikat (AS).

Perkara tersebut diumumkan oleh pihak Kedutaan AS di sini hari ini, yang turut berkongsi beberapa gambar ketibaan UAV tersebut.

Baki enam buah lagi UAV dijangka akan dihantar pada 2022.

Penghantaran ini merupakan sebahagian daripada Inisiatif Keselamatan Maritim (MSI) negara tersebut.

Kesemua UAV tersebut akan dioperasikan oleh Skuadron 601, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Menurut sumber, UAV ini mampu terbang sejauh 1,500km dan beroperasi selama 28 jam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here