Masih ada 1,758 kes aktif dengan kebolehjangkitan

0
98
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 69 kes baharu dengan 57 kes penularan tempatan Covid-19 dikesan menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan dalam negara sebanyak 1,758 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga pukul 12 tengah hari tadi, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 57 kes jangkitan tempatan manakala selebihnya kes import.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 39 kes pulih dan dibenarkan keluar hospital direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 adalah 4,210 kes, iaitu 69.3 peratus daripada keseluruhan kes.

“Seramai 37 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 14 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang akhbar harian di Putrajaya di sini hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan satu kes kematian berkaitan Covid-19, menjadikan jumlah kumulatifnya adalah sebanyak 103 kes atau 1.69 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Kes kematian ke-103 (kes ke-5,441) adalah lelaki tempatan berusia 66 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit barah dan mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif Covid-19 (iaitu kes ke-4,818).

“Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 14 April lalu dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4 petang semalam,” katanya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here