Masjid Al-Aqsa dibuka hari ini

0
79
Gambar hiasan

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

BAITULMAQDIS – Pekarangan Masjid Al-Aqsa mula dibuka hari ini selepas penutupan akibat penularan Covid-19 sejak Mac lalu.

Memetik portal Berita Harian seperti dipetik agensi berita AFP berkata, kelihatan jemaah memakai pelitup muka dilihat dibenarkan memasuki pekarangan masjid menjelang waktu solat subuh pagi tadi.

Kehadiran jemaah itu dialu-alukan oleh Pengarah Masjid Al-Aqsa, Omar al-Kiswani, yang mengucapkan terima kasih atas kesabaran mereka.

Susulan penurunan kes jangkitan Covid-19, wilayah di Palestin dan Israel juga mula mengambil langkah melonggarkan sekatan.

Pembukaan semula masjid ketiga paling suci umat Islam itu dijangka menarik sejumlah besar jemaah yang tidak mahu melepaskan peluang berjemaah buat kali pertama untuk solat subuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here