Maut dirempuh kereta dipandu lawan arus

0
321
Pemandu Toyota CHR yang merempuh sebuah kereta yang dilanggar secara lawan arus dalam kejadian di Jalan Pintasan Kuantan, Pahang malam tadi.

KUANTAN – Lagi kes pemandu mabuk mengakibatkan maut kali ini kejadian berlaku di Jalan Pintasan Kuantan di sini malam tadi apabila seorang pemandu Toyota Yaris maut dilanggar sebuah kereta dipandu lawan arus dipercayai akibat pengaruh alkohol.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superitendan Kamarulzaman Jusoh berkata, dalam kejadian pukul 9.20 malam itu, mangsa, Irwan Herman Kamarudin, 41, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan dada.

“Mangsa yang memandu kereta Toyota Yaris difahamkan dalam perjalanan dari rumah di Sungai Isap Perdana ke Gabeng kerana bekerja syif malam sebelum kenderaannya dirempuh sebuah kereta Toyota C-HR yang dipandu melawan arus dan dalam keadaan berbahaya.

“Kereta itu dipercayai mula dipandu melawan arus dari susur masuk Jalan Pintasan Kuantan di Semambu menyebabkannya hampir bertembung dengan beberapa buah kenderaan yang perlu mengelak daripada berlanggar,” katanya semasa dihubung, di sini seperti dipetik agensi berita Bernama hari ini..

Kamarulzaman berkata, kereta Toyota C-HR itu dipandu seorang lelaki berusia 42 tahun dan bekerja sebagai peraih ikan yang dipercayai telah mengambil minuman keras di rumah kawannya di Semambu sebelum kejadian.

Lelaki itu turut cedera ringan di kaki dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk pemeriksaan sebelum direman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44(1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, mayat mangsa juga dihantar ke HTAA untuk bedah siasat yang akan dijalankan selepas selesai ujian Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here