Memancing di kolam langgar SOP – Ismail Sabri

0
238
Penyanyi dikenakan denda selepas memancing di kolam memancing, semalam.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA РKerajaan menegaskan memancing di kolam  adalah termasuk dalam senarai larangan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan itu berkuat kuasa kerana memancing di kolam membabitkan perhimpunan secara ramai.

“Saya sudah sebutkan sebelum ini, apa juga aktiviti yang menyebabkan berlaku kumpulan ramai, itu tidak dibenarkan.

“Memancing di kolam tidak dibenarkan kerana biasanya ramai orang berada di sekelilingnya. Dalam hal ini, apa saja aktiviti perkumpulan ramai terletak di dalam senarai larangan PKPB.

“Saya percaya, tangkapan itu kerana mereka berkumpul beramai-ramai untuk memancing,” katanya pada sidang akhbar, hari ini.

Ismail Sabri.

Sebelum ini,Polis Diraja  Malaysia (PDRM) menahan dan mengkompaun lebih 50 orang di kolam memancing di Jugra, Banting dan Kuala Kubu Bharu hingga menimbulkan bantahan dalam kalangan mereka atas alasan mereka sudah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti melakukan penjarakan sosial.

Media turut melaporkan seorang penyanyi, Muhammad Aiman Yusri, 22 yang dikenali Aiman Tino mendakwa dirinya ‘terperangkap’ dalam kes kompaun RM1,000 selepas didapati memancing di kolam ikan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, semalam.

Ketika kejadian,  dia bersama ayahnya, Yusri Ishak, 51, dan adiknya Muhammad Haikal, 14, berada di lokasi sebelum polis menyerbu masuk kawasan kolam berkenaan. РMBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here