Mesin ATM beroperasi seperti biasa mulai esok

0
288

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Bermula esok, mesin juruwang automatik (ATM) akan beroperasi seperti biasa berbanding hanya lapan jam sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan telah memutuskan bahawa masa operasi mesin
ATM yang sebelum ini dihadkan dari pukul 8 pagi hingga 8 malam, akan beroperasi seperti biasa sebelum PKP dikuatkuasakan.

“Peraturan ini akan mula berkuat kuasa esok bagi memudahkan urusan perbankan orang ramai,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.

Beliau bagaimanapun mengingatkan supaya orang ramai sentiasa mematuhi penjarakan sosial ketika berurusan di mesin ATM.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here