Mike Pompeo dakwa simpan bukti Covid-19 bermula dari makmal di China

0
175
Mike Pompeo

CYBERJAYA – Selepas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang dilihat sering mengaitkan penularan Covid-19 sebagai virus dari China, setiausaha negara itu pula tampil dengan dakwaan lebih serius.

Mike Pompeo dalam kenyataannya baru-baru ini mendakwa memiliki bukti kukuh bahawa virus wabak yang kini sudah membunuh lebih suku juta manusia di seluruh dunia bermula dari sebuah makmal di China.

Bagaimanapun, dakwaan beliau yang disiarkan dalam sebuah stesen televisyen global tidak mengemukakan sebarang bukti.

Pompoe dilaporkan The Guardian sebagai berkata, Amerika Syarikat telah meneliti sebarang kemungkinan virus itu datang dari sebuah makmal di Wuhan, China.

“Ada bukti kukuh bahawa di situlah ia bermula.
“Saya boleh beritahu anda bahawa ada sejumlah bukti yang cukup kuat untuk menyatakan ia datang dari makmal di Wuhan,” katanya.

Setakat ini, Amerika Syarikat menjadi negara paling ramai dijangkiti Covid-19 dengan lebih 1.18 juta kes dan 68,598 kematian. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here