MyTrace kesan individu dijangkiti Covid-19

0
294

CYBERJAYA – Aplikasi MyTrace adalah pelengkap kepada MySejahtera yang dilancarkan sebelum ini bagi mengesan individu berada berdekatan dengan mereka yang dijangkiti virus Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, apalikasi yang dibangunkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama inisiatif kepakaran tempatan itu menggunakan teknologi Buletooth untuk pengesanan kontak kepada individu positf wabak tersebut.

“Apabila telefon-telefon bimbit pengguna MyTrace berada dalam jarak dekat, telefon itu akan mengesan gelombang Bluetooth untuk mengesan kehadiran masing-masing.  

“Berdasarkan kekuatan gelombang Bluetooth yang dikesan, jarak dan tempoh pertemuan pengguna boleh dikenal pasti. Data yang dikumpul akan disimpan selama 21 hari di dalam telefon bimbit pengguna,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri menambah, aplikasi itu hanya mengumpulkan maklumat pengguna yang telah dirahsiakan dan tidak mengumpul sebarang maklumat geo-lokasi.

“ Pengesanan kontak sangat penting supaya dapat diketahui siapa yang pernah berada berdekatan dengan seseorang yang telah dikenal pasti positif Covid-19. 

“Untuk memastikan keberkesanannya, sasaran penggunaan adalah sekitar 60 peratus pengguna telefon pintar di seluruh negara. Kerajaan amat berharap supaya seramai mungkin rakyat akan memuat turun dan menggunakan MyTrace,” ujarnya.

Menurut beliau, sekiranya terdapat kluster Covid-19 yang baru dikesan, MyTrace dapat membantu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mengesan dan memutuskan jangkitannya secepat mungkin.

Aplikasi MyTrace kini boleh dimuat turun melalui Google Play Store bagi peranti jenis Android manakala bagi versi iOS pula, ia boleh didapati tidak lama lagi. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here