Nahas Karachi: Tiga penumpang ditemui selamat

0
376
Pasukan keselamatan dengan bantuan orang ramai sedang melakukan operasi menyelamat mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat Airbus A302 milik Pakistan Internatiinal Airlines di Karachi, Pakistan, semalam. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA – Pasukan penyelamat telah menemukan 35 mayat mangsa nahas pesawat penumpang di Karachi, Pakistan.

Dalam pada itu, media tempatan turut melaporkan tiga daripada 99 penumpang pesawat tersebut ditemui masih hidup dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Difahamkan, salah seorang yang terselamat adalah Pengerusi Bank Punjab, Zafar Masood.

Pesawat Airbus A302 milik Pakistan International Airlines itu terhempas di sebuah kawasan perumahan yang terletak bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, petang tadi.

Punca kejadian masih dalam siasatan, namun media tempatan yang memetik sumber berkata, juruterbang memaklumkan pesawat mengalami kegagalan enjin sebelum pesawat tersebut terhempas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here