Nak kelihatan cantik di pagi Aidilfitri, perlu ada tudung Aina Chantiq

0
269

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA -Walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri di kampung tidak dibenarkan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), itu tidak bermakna hari raya perlu dirai dengan suasana muram.

Sudah tentu ada yang mahu tampil menawan di pagi hari raya seperti mana sambutan tahun terdahulu.

Justeru itu, jenama tudung Aina Chantiq menawarkan koleksi tudung yang menawan untuk anda kekal cantik di pagi Aidilfitri.

Pengusahanya, Ema Azhan berkata, sempena perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, potongan harga istimewa ditawarkan kepada para pelanggannya.

“Kami menawarkan lebih 10 jenis tudung dengan rekaan terkini dan corak serta warna yang menarik.

“Selain tudung pelbagai jenis, kami turut menjual aksesori yang cantik untuk dipadankan dengan tudung-tudung yang ada.

“Paling penting harga promosi amat berbaloi iaitu serendah RM39,” katanya.

Menurutnya, kualiti setiap tudung ditawarkan adalah yang terbaik dan berbaloi dengan harganya.

“Material setiap tudung adalah yang terbaik dan
ciri-ciri ini kami tekankan dalam setiap rekaan.

“Orang ramai yang mahu memiliki koleksi Aina Chantiq boleh ke IKS Corner di tingat dua Malakat Mall.

“Jangan risau, walaupun isu Covid-19 belum selesai, hari raya perlu dirai dengan sebaiknya. Nak kelihatan cantik di pagi raya, perlu ada tudung raya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here