Nak kongsi boleh tapi jangan keterlaluan

0
100
Gambar hiasan

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

Kurang daripada seminggu lagi seluruh umat Islam akan meraikan hari kemenangan setelah sebulan penuh berpuasa.

Sudah menjadi kewajipan apabila hari kemenangan ini dirai dengan sambutan yang begitu istimewa dan penuh dengan kegembiraan serta kesyukuran.

Walaupun situasi tidak lagi sama seperti tahun-tahun lalu berikutan penularan Covid-19, namun semangat dan keterujaan umat Islam untuk menyambut ketibaan Aidilfitri masih dapat dirasai.

Ya, mungkin ada yang kecewa dan bersedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk menikmati hari raya bersama kedua ibu bapa tercinta, namun itu tidak menghalang sesetengah umat Islam menceriakan suasana hari raya masing-masing.

Di media sosial kalau kita lihat, ramai yang sudah mula berkongsi pelbagai persiapan untuk menyambut hari raya.

Ada yang berkongsi baju raya baharu, tak kurang juga ada yang sudah sibuk membuat biskut raya dan menghias rumah masing-masing.

Tapi apa yang tidak sedap didengar, ada pula yang mengkritik tindakan sesetengah individu berbuat demikian dan menganggap tindakan itu tidak menjaga sensitiviti bagi sesetengah pihak yang dalam keadaan yang memerlukan dan sebagainya.

Apa salahnya berkongsi semua persiapan dan keterujaan menyambut Aidilfitri? Takkan mahu bersedih sahaja dengan apa yang menimpa kita sejak tiga bulan ini?

Sebarkanlah aura yang lebih positif agar kehidupan kita juga lebih positif, tidak salah berkongsi keterujaan menyambut Aidilfitri asalkan tidak keterlaluan.

Jika ada yang dilihat tidak berkemampuan, bantulah mereka sedaya yang ada, barulah ‘kita jaga kita’! Pishang la asyik nak bersedih saja.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here