Negara rugi RM63 bilion sepanjang tempoh PKP

0
71
Gambar hiasan

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, negara mengalami kerugian kira-kira RM63 bilion sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bagi membendung wabak Covid-19.

Jelas beliau, dalam sehari negara kerugian sekitar RM2.4 bilion sekali gus, jika PKP berterusan untuk tempoh sebulan lagi akan mengalami kerugian RM35 bilion menjadikan jumlah keseluruhan RM98 bilion.

“Pada masa sama, ramai juga bimbang jika PKP ditamatkan, apa akan jadi kepada usaha kita menangani Covid- 19.

“Virus ini masih ada di luar sana walaupun jumlah kes-kes baharu Covid-19 semakin berkurangan, risiko peningkatan kadar jangkitan tetap ada,” katanya dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja hari ini.

Beliau juga berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  juga akan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang mencatatkan kes positif Covid-19 yang tinggi.

Katanya, ramai dalam kalangan rakyat yang ingin kembali bekerja.

“Bagi peniaga, nak membuka semula perniagaan, bagi pengusaha industri nak pastikan perusahaan masing-masing dapat beroperasi semula.

“Ini penting kerana pekerjaan dan perniagaan adalah sumber pendapatan dan mata pencarian mereka. Jika terlalu lama berada dalam PKP, maka terputuslah mata pencarian, ini memberi kesan yang buruk kepada kedudukan kewangan masing-masing,” katanya.

“Terhenti aktiviti ekonomi bermakna terhentilah sumber pendapatan negara, cukai tidak boleh dikutip, industri
tidak boleh berkembang, pertumbuhan ekonomi terencat dan yang paling ingin kita elakkan ialah lebih banyak perniagaan terpaksa ditutup dan ramai pekerja kehilangan pekerjaan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here