Normal baharu yang perlu dibiasakan

0
125

Kupas Bawang

Oleh SITI AZIELAH WAHI

MEMAKAI topeng muka setiap kali keluar, kerap menggunakan cecair pembasmi kuman, acap mencuci tangan dengan sabun, menjaga jarak sosial, mengehadkan keluar jika tiada urusan penting merupakan antara kebiasaan baharu yang perlu dilakukan kita semua selagi wabak pendamik Covid-19 belum berakhir.

Bukan itu sahaja, dalam sama-sama berdepan risiko jangkitan virus yang membawa maut itu, aktiviti harian kita juga terhad dan menjadi lambat apabila perlu beratur menunggu giliran, mengambil suhu badan, dan menulis butiran diri setiap kali melakukan urusan.

Sudah dua bulan kita semua tidak boleh melakukan perkara normal seperti biasa, bekerja dari rumah, dan dilarang untuk bersiar-siar atau membeli-belah seisi keluarga.

Apa yang kita lalui sekarang perlu menjadi kelaziman dan amalan buat masa kini dan akan datang kerana inilah ubat paling mujarab untuk merawat jangkitan.

Bukan hanya kita, bahkan sebenarnya seluruh dunia mengharapkan agar kita dapat kembali ke norma seperti sebelumnya kita perlu teruskan normal baharu dalam menawan musuh yang tidak kelihatan itu.

Sebaliknya agak membimbangkan apabila pakar menjangkakan kehidupan akan berterusan untuk jangka panjang kerana penawar wabak Covid-19 belum ditemukan.

Pada masa sama aktiviti pembelian secara dalam talian semakin rancak. Daripada sebungkus garam, hinggalah sebuah peti ais kini dibeli secara dalam talian. Itu juga kebiasaan baharu.

Jika sebelum ini hari minggu di tunggu-tunggu oleh anak-anak untuk dibawa oleh ibu bapa masing-masing melakukan riadah, kini hari minggu mereka sepi di rumah..itu juga kebiasaan baharu.

Sampai bila? Tiada siapa yang tahu jawapannya kecuali Yang Maha Esa.

Hakikat perkembangan ekonomi di Malaysia turut terjejas juga kebiasaan baharu?

Memang permit apabila menyaksikan para peniaga kehilangan pendapatan, lebih-lebih lagi mereka yang dalam golongan B40 yang tidak mempunyai pendapatan tetap.

Malah mereka yang bekerja swasta juga mendapat tempias. Beberapa syarikat kecil dan sederhana masa kini tidak lagi mampu bertahan kerana tiada operasi dan jualan.

Walaupun diwujudkan pakej rangsangan ekonomi, namun sejauh mana sangat ia mampu bertahan.

Suasana industri pelancongan, pengangkutan dan peruncitan akan berubah.

Malah produk pengguna kini ke arah pendigitalan dan online. Tambah membimbangkan apabila dijangkakan pula ramai yang akan hilang pekerjaan buat masa kini dan pada pasca-Covid-19.

Apa yang kita boleh buat? Teruskan berdoa kepada Maha Esa. Teruskan amalan normal baharu. Bersabar dan jangan putus asa. Rancang perniagaan yang berkesan Pasca Covid-19. Banyak Jurulatih Perniagaan berkongsi idea mengenai perniagaan baharu yang berkesan. Semoga Allah membantu kita.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here