Operasi semula Pasar Besar Jalan Othman belum diputuskan

0
214

KUALA LUMPUR – Pasar Besar Jalan Othman di Petaling Jaya tidak akan dibuka sehingga semua pengunjung yang hadir dari 4 hingga 18 April lalu menjalani ujian saringan Covid-19.

Dianggarkan 1,500 orang awam termasuk peniaga akan menjalani ujian yang boleh dilakukan di Klinik Kesihatan Taman Medan atau Klinik Kesihatan Kelana Jaya itu, kata Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Petaling Johary Anuar.

“Orang awam yang hadir ke pasar ini bagi tempoh berkenaan diminta mengisi borang saringan kontak menerusi pautan serta kod QR berkenaan.

“Mereka yang berisiko akan dihubungi Pejabat Kesihatan Daerah untuk menjalankan pemeriksaan dan persampelan di klinik kesihatan berhampiran,” katanya dipetik Harian Metro.

Pasar Besar Jalan Othman ditutup oleh pihak berkuasa selepas salah seorang peniaga ikan berusia 51 tahun disahkan positif Covid-19 pada 24 April lalu.

Beliau berkata, proses disinfeksi, sanitasi dan nyah kuman di pasar berkenaan sudah diselesaikan pada Selasa lalu.

“Proses pembersihan seluruh pasar berkenaan akan diulangi sebelum dibenarkan dibuka semula kelak,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here