Ops Pati dilaksanakan berterusan, tiada kaitan dengan PKP

0
1288

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Menteri Kanan ( Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata,
operasi membanteras Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam negara tiada kena mengena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP Bersyarat (PKPB) sekali pun.

Menurutnya, ia merupakan operasi yang berterusan bukan sahaja waktu PKP, tetapi sebelum itu lagi oleh Jabatan Imigresen dan sebagainya.

“Saya percaya selepas tamat PKPB pun Ops PATI ini masih diteruskan dan undang-undang mengenai kemasukan warga asing tanpa dokumen ke dalam negara merupakan undang-undang yang dilakukan oleh seluruh negara di dunia ini.

“Saya percaya tiada satu negara di dunia memberi kebebasan menerima pendatang luar tanpa dokumen untuk masuk ke negara masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar harian hari ini.

Ismail berkata, isu ini juga dihadapi oleh negara lain di mana  biasanya mereka yang masuk tanpa dokumen akan ditangkap dan diambil tindakan.

Katanya, jika ada pihak  yang mengkritik, beliau meminta pihak berkenaan melihat undang-undang negara mereka sendiri adakah mereka membuka peluang membawa masuk sesiapa sahaja ke negara mereka.

“Malaysia mempunyai undang-undang yang jelas mengenai Pati ini,” katanya menjawab soalan pemberita mengenai terdapat pihak mempertikaikan kerajaan mengadakan operasi terhadap kelompok itu dalam tempoh PKPB sehingga difahamkan menghantar surat terbuka kepada Perdana Menteri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here