‘Orang bujang sabar sikit’

0
139

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Orang ramai masih tidak dibenarkan membuat pergerakan merentas sempadan negeri termasuklah bagi mereka yang berstatus bujang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengecualian hanya diberikan kepada suami atau isteri yang berjauhan dengan keluarga kerana faktor kemanusiaan.

“Kita benarkan keluarga yang terpisah itu dari segi kemanusiaan kerana kita faham anak yang sudah hampir dua bulan tidak berjumpa dengan ibu atau bapa mereka akibat daripada peraturan kita untuk tidak membenarkan rentas negeri.

“Saya tahu ramai orang bujang yang dah rindu pada ibunya, sabar sikit. InsyaAllah bila sudah sampai masanya, kalau ada kelonggaran kita berikan, tapi setakat ini tidak ada lagi.

“Jadi mereka mestilah patuh kepada peraturan yang sedang dilaksanakan hari ini,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here