Padah berhimpun di Pantai Lido, lapan dikompaun

0
148

JOHOR BAHRU – Keterujaan berhimpun dan melepak di Pantai Lido di sini membawa padah kepada lapan individu selepas dikompaun kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kelmarin.

Polis Daerah Johor Bahru Selatan dalam kenyataan berkata, sekumpulan lelaki ditemui pasukan anggota ketika sedang melakukan pemantauan di sekitar kawasan berkenaan pada pukul 6.30 petang.

“Hasil soal siasat awal mendapati, kesemua mereka gagal memberi alasan yang munasabah semasa ditahan dan gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB.

“Mereka mengaku bersiar-siar dan memberi alasan duduk lepak di tepi pantai tersebut mengambil angin,” menurut kenyataan dalam laman Facebook rasmi Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

Berikutan itu, kesemua individu dibawa ke Ibu pejabat Daerah Johor Bahru Selatan untuk dikompaun atas kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

“Setelah selesai urusan kompaun, kesemua Orang Kena Kompaun (OKK) diarahkan pulang ke rumah masing-masing.

“Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi SOP yang digariskan dalam PKPB,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu juga, pihak polis juga akan menambah rondaan dan pemantauan di kawasan taman rekreasi dan lokasi tumpuan orang ramai bagi mengelakkan perhimpunan sebagai usaha membendung Covid-19. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here