Padah berkumpul tanpa tujuan

0
448
Polis mengeluarkan kompaun terhadap lapan individu di Manjung

MANJUNG – Seramai lapan individu termasuk dua perempuan dikenakan kompaun atas kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika berkumpul di kawasan letak kereta di hadapan Tokong Pasir Panjang, Seri Manjung, tanpa tujuan.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, kesemua lapan individu tersebut telah dibawa ke IPD Manjung untuk dokumentasi dan dikenakan kompaun kerana melakukan kesalahan berkumpul beramai-ramai.

“Jumlah kompaun dikenakan RM1,000 yang perlu dibayar dalam tempoh 14 hari di Pejabat Kesihatan Sitiawan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pihak polis menasihatkan kepada orang ramai supaya sentiasa mengambil berat dan mematuhi setiap arahan PKPB.

Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang melanggar PKPB bagi memastikan tiada pihak yang melanggar perintah larangan itu. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here