Pahang kaji PKPB sebelum melaksanakannya di negeri itu

0
101

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Pahang akan mengkaji dan memperhalusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) terlebih dahulu sebelum melaksanakannya di negeri itu.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, langkah tersebut diambil agar perlaksanaan PKPB bersesuaian dengan kedudukan semasa penularan wabak Covid-19.

“Kerajaan Pahang menyokong pengumuman oleh Perdana Menteri mengenai PKPB bermula 4 Mei ini.

“Bagaimanapun, kerajaan Pahang perlu mengkaji dan memperhalusinya agar sesuai dengan kedudukan semasa penularan wabak Covid-19 di Pahang.

“Ini akan dibincang secara lanjut pada mesyuarat mingguan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri petang Jumaat, 8 Mei ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sehingga keputusan dibuat pada mesyuarat mingguan ini, segala ketetapan yang dibuat pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih kekal.

“Sepertimana semua maklum, Pahang kini sedang menghadapi kemunculan kluster baharu.

“Oleh itu, tumpuan khusus dan utama perlu dilakukan bagi menanganinya.

“Justeru, kerajaan Pahang sedang memperhalusi langkah-langkah pelaksanaan PKPB supaya apabila mana-mana sektor dibuka tidak akan menyebabkan penularan baharu,” jelasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here